Tahniah atas Perlantikan TNC HEMA UTM
Prof Dr Mohd Ismail telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UTM yang akan berkuatkasa pada hari ini sehingga tempoh tiga tahun. Nama penuh beliau ialah Prof. Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz, sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa UTM.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
February 25, 2010
February 24, 2010
February 13, 2010
Lawatan Mahabbah PMIUTM
5:22 PM
Admin, Aktiviti, Isu Semasa, Kampus
Laporan oleh : Asmah binti Andy

Rabu,10 Feb - PMIUTM telah melakukan satu lawatan mahabbah kepada mahasiswa berbangsa Cina semasa Pameran Tahun Baru Cina yang diadakan di Dewan Sri Iskandar rabu lalu. Lawatan yang diketuai sendiri oleh Presiden PMIUTM sendiri iaitu Saudara Mohd Khairul Bin Abdullah Halim ini dijalankan dengan suasana yang cukup ceria dan harmoni sekali.
Ketika ditemui pemberita, Presiden PMIUTM itu melahirkan rasa bangga dan kagum terhadap penganjuran seumpama ini. Malah beliau menyifatkan bahawa penganjuran pameran seumpama ini sangat menarik dalam menterjemahkan kebudayaan masyarakat Cina kepada mahasiswa kampus

"Saya melihat penganjuran yang diadakan ini cukup menarik sekali. Kami disambut oleh pihak penganjur pameran ini dengan penuh suasana kasih sayang dan toleransi. Saya melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga diatas layanan yang diberikan kepada pihak PMIUTM semasa lawatan ini diadakan "
"Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara PMIUTM dengan mahasiswa berbangsa Cina. Kita mahu menzahirkan bahawa PMIUTM adalah sebuah persatuan yang bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Islam yang majoritinya adalah Melayu tetapi kita juga mahu mahasiswa Cina menganggap PMIUTM cukup dekat dengan mereka" tambah beliau lagi.

Hadir sama dalam lawatan tersebut adalah Saidatun Nor Binti Awang iaitu Naib Presiden 2 PMIUTM yang merangkap Pengerusi Hewi PMIUTM, Mohd Zaki Bin Haron selaku Timbalan Presiden PMIUTM dan beberapa barisan majlis tertinggi PMIUTM. Lawatan ini juga dihadiri oleh sebahagian ahli PMIUTM.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden PMIUTM juga memberitahu pemberita bahawa lawatan-lawatan seperti ini akan sentiasa diadakan.

"PMIUTM akan sentiasa mengadakan lawatan mahabbah seperti ini. PMIUTM cukup prihatin terhadap seluruh mahasiswa kampus tidak kira apa bangsanya. Kami mengambil pengiktibaran melalui surah Al-Hujurat ayat ke 13 yang menunjukkan bahawa Allah mengalakkan kita untuk berkenal-kenalan walaupun kita berlainan bangsa dan agama. Jadi inilah inisiatif yang kami cuba terjemahkan agar mahasiswa kampus yang lain dapat bersama-sama dengan PMIUTM untuk sama-sama kita mengeratkan perpaduan antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama".
Antara yang menarik pada pameran ini ialah pameran berkenaan kebudayaan masyarakat Cina. Turut mencuri tumpuan ialah pameran berkenaan pendidikan di Malaysia oleh mereka. Lawatan yang bermula pada pukul 12.30 tengah hari itu, tamat pada pukul 1.30 petang.

February 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)